KADAR NADI LATIHAN

Sejak pkp ni, ramai pulak yang start jogging kan. Maklum la aktiviti lain dah tak boleh buat. Kalau dulu petang-petang je boleh pegi padang main bola sepak. Hujung minggu je boleh pegi konvoi. Sekarang semua tu dah tak boleh buat. Ada jugak yang start buat workout kat rumah. Tapi, sebelum nak start segala aktiviti sukan, pernah tak kira kadar nadi latihan korang? Mesti ada yang tak pernah dengar istilah kadar nadi latihan kan? Okey. Jom Suziela cerita.

Kenapa kita kena tahu kadar nadi latihan kita? Supaya kita tahu kadar denyutan jantung yang selamat dan tahap keberkesanan semasa melalukan aktiviti sukan. Untuk kira kadar nadi latihan ni, ada caranya. 




Yang pertama, kena tahu KADAR NADI REHAT (KNR). Kadar nadi rehat ni adalah bilangan denyutan nadi masa kita tak buat apa-apa aktiviti.
Contoh :
14 denyutan nasi selama 10 saat  x 6 = 84 denyutan nadi rehat (KNR)
* darab 6 sebab kita nak kira untuk 1 minit.

Kedua , kena tahu KADAR NADI MAKSIMUM (KNM).
Formula : 220- (umur) = KDM
Contoh : 
Umur : 34
KNM :  220- 34 = 186 KNM

Last skali dah boleh kira KADAR NADI LATIHAN (KNL). Caranya :
KNL = KNM - KNR
         = 186 - 84 
         = 102

Untuk yang baru berjinak dengan aktiviti sukan, mulakan dengan kadar sasaran jantung rendah ( 60%). Bila dah lama, makin fit, boleh tingkatkan  kadar sasaran jantung ke paras paling tinggi ( 85%).

Untuk beginner : KNL ideal 60%
KNL x 60% + KNR
=102 x 0.6 + 84
= 145.2

Untuk yang dah fit : KNL ideal 85%
102 x 0.85 +84 = 170.7


Sekarang dah tau kan, macam mana nak dapatkan kesan dari senaman kita kn? Nanti jangan lupa sebelum senaman kira dulu kadar nadi latihan ya guys!





Continue Reading

VITAMIN C DAN IBU HAMIL

 Banyak betul kan produk vitamin C sekarang ni kat pasaran? Ramai yang cari vitamin c untuk ikhtiar tingkatkan imun badan di musim pendemik ni, Tapi mesti ada ibu hamil yang was-was untuk ambil suppliment vitamin c, betul tak? Jom kita kupas isu ni ( cewahh...mcm pengacara 999 plak hahaha)

Bila seseorang wanita itu hamil, perkara pertama yang dialami adalah ketidakstabilan hormon. Betul tak? Ada yang cepat marah, ada yang cepat letih, ada yang jadi kuat makan, dan ada yang mengalami breakout kulit wajah. Part lain tu boleh sembunyi lagi, tp bila wajah breakout, memang masalah dunia. Iye dok?? So apa kaitan Vitamin C dengan masalah kulit muka breakout yang dihadapi ibu hamil? Kenapa ibu hamil digalakkan untuk ambik vitamin c ni.

Ini yang perlu anda tahu. Secara amnya,

1. Vitamin c adalah sejenis yang larut dalam air dan ia tidak disimpan lama dalam tubuh. 

2. Boleh diperolehi dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

Apa kaitan dengan ibu hamil?

1. Vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat-zat besi. Bagi wanita hamil yang ada masalah hemoglobin rendah ( hb rendah ),  pengambilan zat besi bersama vitamin c dapat meningkatkan paras hb dengan lebih efiksien. 

2.Vitamin C sebagai antioxcidan, membantu melindungi sel badan dari radikan bebas yang berbahaya.

3. Vitamin C membantu perkembangan otak bayi dari dalam rahim lagi selain membantu menguatkan pertumbuhan tulang bayi.

4. Mengikut American Pregnancy Assosiation, dos yang dicadangkan untuk ibu hamil adalah 200mg-500mg.


 



Vitamin C Shaklee ni, 1 tablet mengandungi 500mg dan ada fungsi sustained release yang bermaksud setiap 100mg dilepaskan setiap satu jam. Vitamin C Shaklee ni jimat tau. Sebotol ada 180biji dan harga tak sampai seratus pn.
Jom ibu-ibu hamil sekalian cuba vitamin c hari ini!

Nak dapatkan Vitamin C Shaklee ni? Wasap je Suziela okey. Free consultation and best price guarantee.

Suziela Manaf
Your Trusted SID

Continue Reading

KUIH MAK KAU HIJAU ( KUIH LOPES )

Dari pagi redup ja cuaca. Dah makan tengah hari, anak-anak request nak makan kuih mak kau hijau hahahaha. Duk berangan petang-petang sikitla nak gi cari daun pisang dan daun pandan. Skali hujan pulak. Punah harapan. 

Tapi memandangkan dah janji dengan anak-anak, mama pun masukla jugak dapur cari bahan-bahan kuih mak kau hijau. Sebenarnya kuih mak kau hijau ni kuih lopes je. So untuk korang yang takde daun pisang atau daun pandan bolehlah guna resepi ni.

Bahan-bahan

Kuih lopes
2 cawan beras pulut
2 cawan air ( agak-agak tenggelam pulut )
Kelapa parut
Garam
Pewarna hijau
Air kapur

Air gula
Gula melaka
Gula pasir
Air

Cara-cara


Basuh beras pulut. Kemudian masukkan air dan pewarna hijau. Kalau nak rare kuih lopes korang, bolehla guna warna lain. Masukkan sedikit garam ( yang ni ikut korang. nak masukkan ke tak terpulang.) dan sedikit air kapur ( nak bagi pulut liat masa makan). Lepastu korang kukus la pulut korang tu. Make sure air dah mendidih baru korang kukus pulut tau.



okey! Bila pulut korang dah masak, tapi korang takda daun pisang, boleh la korang tiru petua ni. Petua la sangat kan hahaha.. 
Korang carila bekas dadih yang rendah tu 2 biji. Pastu korang boleh ikut step kat bawah ni.


Masukkan pulut dalam bekas.


Tekan pulut tadi dengan bekas dadih yang lagi satu.



Tekan sampai pulut tu padat mcm ni.


Lepas tu korang masukkan dalam kelapa parut yang dah dikukus & di campur dengan sedikit garam. Pastu golek-golek la kuih korang dalam kelapa parut.



Untuk air gula


Ni resepi hentam namanya. Sebab takda gula merah kat rumah, ku bedal gula gerek @ gula melaka hahahaha... Campur dengan gula pasir. Pastu korang masukkan air ( ikut korang nak manis mana). Pastu masak sampai gula tu cairdan mendidih. Dah siapppp...


Last skali 



Presentation time!!! Ikurt korang la nk hias macam mana.


Selamat mencuba!!!
Continue Reading

ESP IN SACHETS BUY 3 FREE 1


PRE LAUNCHING PROMO!


ESP IN SACHETS IN DA HOUSE GUYS!! Beli 3 kotak free 1 kotak. Jimat sangat tau. Bulan depan dah tak dapat harga ni tau. Harga retail sekotak ni RM98. Haaaa...Korang dh jimat almost seratus tau. Promo ni tinggal 2 hari ja lagi. Jom grab skrg!



 

Continue Reading

 Alhamdulillah..Finally berjaya jugak buat blog ni sendiri. lepas ni kita update macam-macam lagi yer. Stay tune !

Continue Reading