Kenapa kita kena tahu kadar nadi latihan kita? Supaya kita tahu kadar denyutan jantung yang selamat dan tahap keberkesanan semasa melalukan aktiviti sukan. Untuk kira kadar nadi latihan ni, ada caranya.
Yang pertama, kena tahu KADAR NADI REHAT (KNR). Kadar nadi rehat ni adalah bilangan denyutan nadi masa kita tak buat apa-apa aktiviti.
Contoh :
14 denyutan nasi selama 10 saat x 6 = 84 denyutan nadi rehat (KNR)
* darab 6 sebab kita nak kira untuk 1 minit.
Kedua , kena tahu KADAR NADI MAKSIMUM (KNM).
Formula : 220- (umur) = KDM
Contoh :
Umur : 34
KNM : 220- 34 = 186 KNM
Last skali dah boleh kira KADAR NADI LATIHAN (KNL). Caranya :
KNL = KNM - KNR
= 186 - 84
= 102
Untuk yang baru berjinak dengan aktiviti sukan, mulakan dengan kadar sasaran jantung rendah ( 60%). Bila dah lama, makin fit, boleh tingkatkan kadar sasaran jantung ke paras paling tinggi ( 85%).
Untuk beginner : KNL ideal 60%
KNL x 60% + KNR
=102 x 0.6 + 84
= 145.2
Untuk yang dah fit : KNL ideal 85%
102 x 0.85 +84 = 170.7
Sekarang dah tau kan, macam mana nak dapatkan kesan dari senaman kita kn? Nanti jangan lupa sebelum senaman kira dulu kadar nadi latihan ya guys!


0 comments:
Post a Comment